Tuesday, 10 January 2012

PASTI Parit Buntar Anjur Kem Solat

24 Dzulqaedah 1432
Sesi persekolahan PASTI 2011 bakal melabuhkan tirainya. Namun PASTI Parit Buntar tetap komited meneruskan aktiviti tahunannya ini yang telah diadakan pada 22 Oktober lalu. Menurut pengerusinya saudara Muhammad Amir Abdullah Thani, program ini telah pun dimulakan sejak 2 tahun yang lalu sebagai usaha mempromosikan aktiviti PASTI untuk bersaing dengan pusat pendidikan awal kanak-kanak swasta yang tumbuh bagaikan cendawan di sekitar kawasan ini. Tambahan pula penceramah khas yang diundang iaitu Al-Fadhil Ustaz Tn Hj Muhammad Shukri Othman sangat bijak mengendalikan program dan berjaya mencuri perhatian setiap anak-anak didik PASTI hatta ke akhir program. Di samping itu sambutan ibu bapa yang semakin meningkat dari setahun ke setahun terhadap program ini menguatkan semangat pengerusi dan para guru untuk menganjurkan program ini setiap tahun. Beliau berharap melalui program ini mampu mencetuskan minat anak-anak PASTI untuk istiqamah dengan solat sepanjang hayat mereka.

Tidak sekadar teori, anak-anak bahkan dibimbing secara praktikal
Antara Anak-anak PASTI yang menyertai

No comments:

Post a Comment