Wednesday 19 June 2013

Pasukan Bola Jaring PASTI Parit Buntar Juara Negeri Perak


“Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring PASTI Parit Buntar kerana telah menjadi johan bagi pertandingan Bola Jaring dalam Sukan PASTI peringkat Negeri Perak 2013 yang telah berlangsung pada 16 Jun lalu. Pasukan bola jaring yang diwakili oleh 10 orang pemain ini seterusnya akan mewakili Perak dalam pertandingan Sukan PASTI peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 Jun nanti di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di Alor Setar, Kedah.”

                Pada 16 Jun yang lalu bertempat di Extreme Park Tambun, telah berlangsung Sukan PASTI peringkat Negeri PERAK. Program ini berjalan dengan meriah sekali. Sukan dwitahunan ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang dengan Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Ust Mohamad Zawawi Abu Hassan Ketua Pemuda PAS Perak.

                Hampir semua dari 23 kawasan PASTI negeri Perak telah mengambil bahagian dalam kejohanan sukan yang mempertandingkan acara bola sepak dan bola jaring ini. Perjalanan acara sukan ini berlangsung dengan begitu lancar dan baik. Tahniah kepada pihak penganjur..!!

                PASTI Parit Buntar telah menghantar satu pasukan bola sepak dan satu pasukan bola jaring. Pasukan bola sepak telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama dengan Lenggong, Kampar, dan Padang Rengas. Pada peringkat kumpulan PASTI Parit Buntar berjaya mencatat keputusan satu menang dan dua seri untuk mengumpul lima mata. Lenggong dan Padang Rengas turut memperoleh keputusan yang sama dan jumlah mata yang sama. Hanya jumlah jaringan dan bolos sahaja memisahkan kedua-dua pasukan.

Keputusan perlawanan bola sepak melibatkan Parit Buntar.

P. Buntar lwn Lenggong  ………………...…. 0 – 0
P. Buntar lwn Padang Rengas …………........ 1 – 1
P. Buntar lwn Kampar………………………. 4 – 0

PASTI Parit Buntar di bawah bimbingan Saudara Mohd Afzan b Sharom berjaya layak ke pusingan suku akhir setelah menduduki tempat kedua kumpulan di belakang Lenggong.

Di peringkat suku akhir, Parit Buntar telah bertembung dengan pasukan Tambun. Perlawanan yang berlangsung sengit ini telah diheret ke sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol. Malangnya, nasib lebih menyebelahi pasukan tuan rumah apabila berjaya menang sepakan penalti dengan 2 – 1. 

Bola Jaring

Pasukan bola jaring di bawah bimbingan Cikgu Nor dari PASTI Al-Munir pula telah diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan Kuala Kangsar, Bagan Serai dan Tanjung Malim. Di peringkat kumpulan Parit Buntar telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dan telah menjadi juara kumpulan B.

Keputusan Peringkat Kumpulan B
P. Buntar lwn Kuala Kangsar  …………………………………..  14 – 0
P. Buntar lwn Tg Malim  ………………………………………….. 12 – 1
P. Buntar lwn Bgn Serai  ………………………………………….. 15 – 0

Dengan mencatat 3 kemenangan dengan mata maksimum 9 mata, Parit Buntar telah melangkah ke peringkat suku akhir menentang pasukan Grik. Parit Buntar berjaya menewaskan Grik dengan keputusan 9 – 0.

Di peringkat separuh akhir, Parit Buntar telah bertemu dengan pasukan Taiping. Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan. Akhirnya, Parit Buntar telah berjaya beroleh kemenangan dengan keputusan 6 – 4.

Dalam peringkat akhir, Parit Buntar telah bertemu dengan Lumut yang juga juara bertahan. Dalam perlawanan akhir ini, Parit Buntar berjaya menebus kekalahan perlawanan akhir dua tahun lalu dengan mencatat kemenangan 7 – 0. Seterusnya akan mewakili Perak ke peringkat kebangsaan.

Tahniah kepada pasukan bola jaring. Tahniah kepada semua pemain, pengurus, guru-guru PASTI, AJK PASTI kawasan, dan ibu bapa yang sentiasa berusaha dan membantu untuk kejayaan ini.. Doakan semoga berjaya di peringkat kebangsaan pula.. InsyaAllah.

Pemain-pemain membuat sorakan semangat..

Ucapan Perasmian Ketua Pemuda PAS Perak.

Jurulatih membuat persediaan sebelum perlawanan pertama.

Ketika menetang Kuala Kangsar.

Bacaan doa sebelum masuk padang.

Bergambar dengan jurulatih.

Kedudukan kumpula A dan B.

Jaringan dari pemain Parit Buntar.

Bergambar selepas bergelar juara..

Menerima trofi kejuaraan..