Tuesday 10 January 2012

Karnival Kecemerlangan PASTI Parit Buntar

16 Dzulhijjah 1432
Pada 12 November yang lalu telah berlangsung Karnival Kecemerlangan PASTI di kawasan Parit Buntar. Majlis ini bertujuan meraikan murid-murid PASTI yang cemerlang pencapaian akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum. Di samping itu juga ini adalah majlis tahunan bagi menyampaikan Sijil PASTI 6 Tahun yang bertemakan konvokesyen universiti. Turut hadir dan menyempurnakan perasmian majlis yang telah diadakan di Dewan Tn Guru Hj Ahmad Tuan Husain ialah Yang Berhormat Dr. Mujahid bin Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar. Di dalam ucapannya beliau berkali-kali menyeru ibu bapa yang mempunyai anak seusia 4 tahun hingga 6 tahun, agar menjadikan PASTI sebagai pilihan untuk pendidikan awal anak-anak mereka. Ini kerana silibus PASTI mendapat pengiktirafan pakar-pakar pendidikan tambahan pula menekankan pendidikan Islam sebagai terasnya. Selain dari itu menurut beliau guru-guru PASTI terutamanya ikhlas menyumbang diri mereka untuk mendidik anak-anak murid walaupun dengan imbuhan yang sangat minimum. Tidak cukup sekadar itu guru-guru PASTI adalah terlatih melalui kursus-kursus yang sistematik yang diikuti oleh setiap dari kalangan mereka. Berbeza dengan tahun-tahun yang lalu kali ini pihak pengurusan PASTI kawasan memilih majlis bertemakan karnival kerana di dalam majlis tersebut diadakan juga persembahan-persembahan nasyid, sajak dan hafazan yang telah memukau para tetamu yang hadir. “Saya tidak menyangka anak-anak didikan PASTI yang berusia semuda ini mampu menghafaz Al-Quran, menghafal sajak, malah boleh menyampaikan nasyid seolah-olah artis nasyid kontemporari yang terdapat di negara kita hari ini. Ini suatu yang membanggakan dan saya akan pastikan anak-anak saya yang seterusnya akan mendapat pendidikan yang mantap ini di PASTI”, kata salah seorang bapa yang ditemuramah.
Ucapan Perasmian oleh YB Dr Mujahid
Antara ibu bapa yang hadir
Antara murid yang menerima Sijil PASTI 6 Tahun
Antara persembahan yang memukau para tetamu yang hadir
Sebahagian bakal-bakal "Graduan PASTI"

No comments:

Post a Comment