Friday, 2 November 2012
MAJLIS MINI KONVOKESYEN PASTI KAWASAN PARIT BUNTAR
SEMUA DIJEMPUT MEMERIAHKAN MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PELAJAR PASTI KAWASAN PARIT BUNTAR, PERAK.
Sunday, 23 September 2012
Usrah Perdana & Jamuan Raya MGP Perak
Parit Buntar amat bertuah buat pertama kalinya kerana terpilih selaku tuan rumah menganjurkan Usrah Perdana MGP Perak. Mengikut Ketua MGP Kawasannya, inilah julung-julung kalinya program PASTI peringkat negeri Perak diadakan di kawasan tersebut. Naqib yang telah memberikan syarahan ilmu untuk program tersebut bukanlah orang asing di dalam PASTI. Beliau pernah beberapa tahun mentadbir PASTI Parit Buntar. Justeru atas dasar itulah Jawatankuasa Kerja PASTI Kawasan memilih beliau. Di dalam kuliahnya beliau telah menasihatkan bahawa betapa perlunya ummat islam menjadi golongan sebelah kanan dan bagaimana untuk mendapatkannya.
Antara VIP adalah Ketua MGP Perak Puan Faridah Dawam yang tidak lokek masa untuk hadir dan memberikan semangat kepada sekalian guru yang hadir. Turut hadir menyerikan majlis adalah Pesuruhjaya PAS Perak Al-Fadhil Ustaz Tn Hj Abu Bakar yang juga telah memberikan ucapan khas untuk memberi semangat kepada warga PASTI terutamanya para guru untuk terus istiqamah di dalam perjuangan.
Seusai usrah, para tetamu yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan raya yang sungguh menyelerakan.
ALAM RIA PASTI PERAK: PASTI PARIT BUNTAR BERJAYA MEMBERI SAINGAN.
Alam Ria PASTI Perak 2012
TAHNIAH KEPADA WAKIL-WAKIL DARI PASTI PARIT BUNTAR KERANA TELAH BERJAYA MEMBERI SAINGAN DI PERINGKAT NEGERI PERAK. MALAH, ADA BEBERAPA ACARA YANG TURUT DIMENANGI OLEH WAKIL-WAKIL PASTI PARIT BUNTAR. INSYA ALLAH CUBA LAGI TAHUN DEPAN DENGAN KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG...
TAHNIAH KEPADA ADIK AHMAD FAUZAN B MOHD SAKRI DARI PASTI AL MU'TASIM YANG TELAH BERJAYA MENJADI JOHAN DALAM ACARA HAFAZAN. ADIK FAUZAN JUGA BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KE-3 DI PERINGKAT KEBANGSAAN YANG TELAH BERLANGSUNG DI KELANTAN..
PASTI PARIT BUNTAR JUGA TELAH BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM 4 ACARA YANG LAIN. IAITU:
1. NASYID
2. KALAM JAMA'IE
3. HAFAZAN PEREMPUAN
4. AZAN..
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA WAKIL PASTI PARIT BUNTAR, YANG BERJAYA DAN TAK LUPA JUGA KEPADA YANG BELUM BERJAYA..
BERIKUT MERUPAKAN KEPUTUSAN PENUH ALAM RIA PASTI 2012 PERINGKAT NEGERI PERAK.
22 Syawwal 1433
Alam Ria PASTI Perak kembali lagi. Kali ini di Kolej Multimedia Telekom Taiping.
KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI PERAK 2012
1.PIDATO
JOHAN | WARDINA NAFEESA BT MOHD SOFIAN | TAIPING |
NAIB JOHAN | BATRISYA QAISARA BT BAHARIN | GERIK |
KETIGA | NUR IRDINA NASUHA BT MOHD ZAINI | TG MALIM |
2.AZAN
JOHAN | AMIRUL BAIHAQI B MOHD ZAKUAN | K. KANGSAR |
NAIB JOHAN | MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS B MOHD FADHIL | PARIT BUNTAR |
KETIGA | NUR ISMAT IRFAN B RAMLI | PARIT |
3.KHUTBAH
JOHAN | MUS’AB B MOHD LATIF | TAMBUN |
NAIB JOHAN | AFIF IZZIKRY B SHAHRUL | TAIPING |
KETIGA | MUHAMMAD AMAR ILMAN | BKT GANTANG |
4.BERCERITA (L)
JOHAN | MOHD AJWAD B FAKHRULRAZI | GERIK |
NAIB JOHAN | AHMAD ZABIR ALI B ALAMUDDIN | TAMBUN |
KETIGA | MOHD HAZIM B MOHD ASRI | TG MALIM |
5.BERCERITA (P)
JOHAN | FATIMAHTUZZARAH BT KAMAROL AMRI | PDG RENGAS |
NAIB JOHAN | ALEEYA SYAZREENA BT MOHD RIZAL | TAIPING |
KETIGA | NUR DINI BT NAZROL | TG MALIM |
6.SAJAK (L)
JOHAN | MUHAMMAD HAZMI | BUKIT GANTANG |
NAIB JOHAN | MUHD HAZIQ B ZAINAL ABIDIN | TAIPING |
KETIGA | MUHAMMAD HAZIQ B MUHAMMAD RATHOSHUKRI | TAMBUN |
7.SAJAK (P)
JOHAN | NURAIN FASIHAH BT SHAHRIL | BAGAN SERAI |
NAIB JOHAN | SITI AHDA ZULFAH BT KHAZAKI | TAMBUN |
KETIGA | NURUL AIMAN HAZWANI BT ARSAT | K. KANGSAR |
8.HAFAZAN (L)
JOHAN | AHMAD FAUZAN B MOHD SAKRI | PARIT BUNTAR |
NAIB JOHAN | NIK MUHAMMAD FAIZURRAHMAN B NIK NUR AZMAN | TAIPING |
KETIGA | AHMAD YASSIN SIDEK | BUKIT GANTANG |
9.HAFAZAN (P)
JOHAN | NURUL IMAN BT AZMI | TAIPING |
NAIB JOHAN | NUR ALIA MAISARA BT MOHAMMAD NEZIZI | PARIT BUNTAR |
KETIGA | NUR IRDINA SAHIRA BT YUSREE | LUMUT |
10.NASYID
JOHAN | BAGAN SERAI |
NAIB JOHAN | PARIT BUNTAR |
KETIGA | TELUK INTAN |
11.KALAM JAMAIE
JOHAN | TAIPING |
NAIB JOHAN | PARIT BUNTAR |
KETIGA | PADANG RENGAS |
12.JOHAN KESELURUHAN – PASTI KAWASAN TAIPING
Tuesday, 26 June 2012
Hari Sukaneka PASTI Kawasan Parit Buntar Berlangsung Meriah.
Tanggal 23 Jun 2012 bersamaan 4 Syaaban 1433,
bertempat di Dataran Purnama Kampung Kedah, Parit Buntar, telah berlangsung
satu acara tahunan bagi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Parit Buntar
iaitu Hari Sukaneka PASTI.
Program telah
berjalan lancar seperti yang dirancang.
Seawal jam
8.00 pagi, Dataran Purnama telah dipenuhi dengan murid-murid PASTI, guru-guru
PASTI, dan waris-waris serta penduduk sekitar.
Pada jam
8.30 pagi, program dimulakan dengan perarakan pelajar-pelajar PASTI yang
terdiri dari sembilan pasukan yang bergerak dari khemah ke kawasan padang.
Seterusnya semua hadirin bangun untuk menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Rasmi PAS, dan Lagu PASTI dengan penuh
semangat.
Ikrar pelajar PASTI pula menyusul sejurus selesai nyanyian.
Program diteruskan
dengan Ucapan Pengerusi PASTI Kawasan Parit Buntar, Wakil PASTI Negeri Perak,
dan ucapan perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain.
Upacara memotong belon telah dilakukan oleh Ustaz Abu Bakar sebagai simbolik
perasmian.
Ust Abu Bakar melepaskan belon sebagai gimik perasmian. |
Ustaz Abu
Bakar juga turut diumumkan sebagai calon PAS bagi DUN Titi Serong dalam PRU 13
yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Tepat jam
9.30 pagi, bermulalah aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu acara Sukaneka. Sebanyak
39 acara telah berlangsung dengan dua acara melibatkan waris. Manakala 1 acara
lagi dibuka kepada kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Bermakna, sebanyak 36
acara untuk murid-murid PASTI yang telah disusun. Antaranya Lari Pecut, Lari
Berhalangan, Isi air dalam botol, menyusun huruf dan banyak lagi.
Dengan
bantuan sayap Pemuda PAS Parit Buntar, Unit Amal, serta Nisa’, Semua acara
berlangsung dengan baik. Acara sukaneka yang dipertandingkan telah berakhir
pada jam 12.40 petang.
Ucapan
Penutup telah disampaikan oleh Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar
seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Barisan pengadil sudah bersedia. |
Tahniah
diucapkan kepada PASTI Al-Munir, Taman Murni kerana telah berjaya menjadi juara
keseluruhan. Malah, kejuaraan pada tahun ini merupakan kemenangan tahun ke tiga
berturut-turut bagi mereka.
Tahniah
juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya membawa pulang hadiah
kemenangan kali ini. Kepada yang tidak menang, insya-Allah boleh cuba lagi
tahun hadapan.
Terima
kasih tak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus
menjayakan program ini.
Yahuuu... saya sampai dulu.. |
"Awat la susah sangat belon ni nak pecah. Ish3.." |
Lari berhalangan. Merangkak bawah meja. |
Pelajar PASTI Al Munir tunjuk skill isi air dalam botol. |
"Ish, mana tempat dia ni??" |
Serang!!!!! |
Peserta dok khusyuk menyusun huruf. |
YB Dr Mujahid sedang berucap. |
Penyampaian hadiah kepada pemenang. |
-
Tuesday, 24 January 2012
Ahli Parlimen Parit Buntar Melawat PASTI
“ Saya sempat membuat lawatan di hari pertama persekolahan ke tiga buah Pasti dari sembilan buah Pasti yang ada di Parit Buntar.
“ Lawatan ini bertujuan meninjau persiapan Pasti menerima kehadiran pelajar baru dan memberi sokongan kepada guru-guru Pasti selaku tenaga penting di Pasti.” Kata Dr. Mujahid yang ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasti An-Nur , Taman Kerian Permai.
Dr. Mujahid berkata, ibu bapa hadir mendaftar anak-anak mereka yang berumur lima dan enam tahun di Pasti.
“ Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka.
“ Saya perhatikan pelajar Pasti tampak cukup bersemangat walaupun ada yang nampak muram untuk menghadapi suasana yang berbeza.”katanya
Menurutnya, Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam.
“ Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.
“ Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah” katanya
Dr. Mujahid berharap ibu bapa turut memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti.
“ Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka.
“ Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan asuhan akhlak Islam. Corakkan kain putih itu dengan celupan Ilahi” katanya
Dr. Mujahid bersama pelajar Pasti An Nur yang mendaftar di hari pertama

Monday, 16 January 2012
Pengagihan Perbekalan PASTI Parit Buntar Berjalan Lancar
Pada 15 Januari lalu, bertempat di PASTI Al-Hasanah Titi Serong, pengedaran perbekalan PASTI untuk sembilan unit PASTI di seluruh Parit Buntar berjalan dengan lancar. Bekalan diedarkan sejurus selepas Mesyuarat Penuh PASTI Parit Buntar selesai.
Mesyuarat Penuh sedang berlangsung di pengerusikan oleh Saudara Muhammad Amir Abdullah Thani.
Sebahagian daripada Pengurus dan guru-guru PASTI yang hadir sedang khusyuk bermesyuarat.
AJK PASTI Kawasan, Pengurus, dan guru-guru PASTI berganding bahu mengagihkan bekalan.
Saudara Mohd Redzuan Mokhtar sibuk membahagikan uniform.
Pengerusi PASTI Kawasan turut serta membantu guru-guru PASTI.
Walaupun terdapat masalah dengan beberapa barangan tidak mencukupi, namun urusan pengagihan berjalan dengan lancar dan tenang. Pengerusi berikrar,masalah barangan yang tidak mencukupi akan cuba diselesaikan sebelum 22 Januari 2012.
Tuesday, 10 January 2012
PASTI Parit Buntar Anjur Kem Solat
24 Dzulqaedah 1432
Sesi persekolahan PASTI 2011 bakal melabuhkan tirainya. Namun PASTI Parit Buntar tetap komited meneruskan aktiviti tahunannya ini yang telah diadakan pada 22 Oktober lalu. Menurut pengerusinya saudara Muhammad Amir Abdullah Thani, program ini telah pun dimulakan sejak 2 tahun yang lalu sebagai usaha mempromosikan aktiviti PASTI untuk bersaing dengan pusat pendidikan awal kanak-kanak swasta yang tumbuh bagaikan cendawan di sekitar kawasan ini. Tambahan pula penceramah khas yang diundang iaitu Al-Fadhil Ustaz Tn Hj Muhammad Shukri Othman sangat bijak mengendalikan program dan berjaya mencuri perhatian setiap anak-anak didik PASTI hatta ke akhir program. Di samping itu sambutan ibu bapa yang semakin meningkat dari setahun ke setahun terhadap program ini menguatkan semangat pengerusi dan para guru untuk menganjurkan program ini setiap tahun. Beliau berharap melalui program ini mampu mencetuskan minat anak-anak PASTI untuk istiqamah dengan solat sepanjang hayat mereka.

Karnival Kecemerlangan PASTI Parit Buntar
16 Dzulhijjah 1432
Pada 12 November yang lalu telah berlangsung Karnival Kecemerlangan PASTI di kawasan Parit Buntar. Majlis ini bertujuan meraikan murid-murid PASTI yang cemerlang pencapaian akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum. Di samping itu juga ini adalah majlis tahunan bagi menyampaikan Sijil PASTI 6 Tahun yang bertemakan konvokesyen universiti. Turut hadir dan menyempurnakan perasmian majlis yang telah diadakan di Dewan Tn Guru Hj Ahmad Tuan Husain ialah Yang Berhormat Dr. Mujahid bin Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar. Di dalam ucapannya beliau berkali-kali menyeru ibu bapa yang mempunyai anak seusia 4 tahun hingga 6 tahun, agar menjadikan PASTI sebagai pilihan untuk pendidikan awal anak-anak mereka. Ini kerana silibus PASTI mendapat pengiktirafan pakar-pakar pendidikan tambahan pula menekankan pendidikan Islam sebagai terasnya. Selain dari itu menurut beliau guru-guru PASTI terutamanya ikhlas menyumbang diri mereka untuk mendidik anak-anak murid walaupun dengan imbuhan yang sangat minimum. Tidak cukup sekadar itu guru-guru PASTI adalah terlatih melalui kursus-kursus yang sistematik yang diikuti oleh setiap dari kalangan mereka. Berbeza dengan tahun-tahun yang lalu kali ini pihak pengurusan PASTI kawasan memilih majlis bertemakan karnival kerana di dalam majlis tersebut diadakan juga persembahan-persembahan nasyid, sajak dan hafazan yang telah memukau para tetamu yang hadir. “Saya tidak menyangka anak-anak didikan PASTI yang berusia semuda ini mampu menghafaz Al-Quran, menghafal sajak, malah boleh menyampaikan nasyid seolah-olah artis nasyid kontemporari yang terdapat di negara kita hari ini. Ini suatu yang membanggakan dan saya akan pastikan anak-anak saya yang seterusnya akan mendapat pendidikan yang mantap ini di PASTI”, kata salah seorang bapa yang ditemuramah.

Subscribe to:
Posts (Atom)