“Tahniah diucapkan kepada Pasukan
Bola Jaring PASTI Parit Buntar kerana telah menjadi johan bagi pertandingan
Bola Jaring dalam Sukan PASTI peringkat Negeri Perak 2013 yang telah
berlangsung pada 16 Jun lalu. Pasukan bola jaring yang diwakili oleh 10 orang
pemain ini seterusnya akan mewakili Perak dalam pertandingan Sukan PASTI
peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 Jun nanti di Stadium
Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di Alor Setar, Kedah.”
Pada
16 Jun yang lalu bertempat di Extreme Park Tambun, telah berlangsung Sukan
PASTI peringkat Negeri PERAK. Program ini berjalan dengan meriah sekali. Sukan
dwitahunan ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang
dengan Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Ust Mohamad Zawawi Abu
Hassan Ketua Pemuda PAS Perak.
Hampir
semua dari 23 kawasan PASTI negeri Perak telah mengambil bahagian dalam
kejohanan sukan yang mempertandingkan acara bola sepak dan bola jaring ini. Perjalanan
acara sukan ini berlangsung dengan begitu lancar dan baik. Tahniah kepada pihak
penganjur..!!
PASTI
Parit Buntar telah menghantar satu pasukan bola sepak dan satu pasukan bola
jaring. Pasukan bola sepak telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama dengan
Lenggong, Kampar, dan Padang Rengas. Pada peringkat kumpulan PASTI Parit Buntar
berjaya mencatat keputusan satu menang dan dua seri untuk mengumpul lima mata.
Lenggong dan Padang Rengas turut memperoleh keputusan yang sama dan jumlah mata
yang sama. Hanya jumlah jaringan dan bolos sahaja memisahkan kedua-dua pasukan.
Keputusan perlawanan bola sepak melibatkan
Parit Buntar.
P. Buntar lwn Lenggong ………………...…. 0 – 0
P. Buntar lwn Padang Rengas …………........ 1
– 1
P. Buntar lwn Kampar………………………. 4 – 0
PASTI Parit Buntar di bawah
bimbingan Saudara Mohd Afzan b Sharom berjaya layak ke pusingan suku akhir
setelah menduduki tempat kedua kumpulan di belakang Lenggong.
Di peringkat suku akhir, Parit
Buntar telah bertembung dengan pasukan Tambun. Perlawanan yang berlangsung
sengit ini telah diheret ke sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan gagal
menjaringkan gol. Malangnya, nasib lebih menyebelahi pasukan tuan rumah apabila
berjaya menang sepakan penalti dengan 2 – 1.
Bola Jaring
Pasukan bola jaring di bawah
bimbingan Cikgu Nor dari PASTI Al-Munir pula telah diundi dalam kumpulan B
bersama-sama dengan Kuala Kangsar, Bagan Serai dan Tanjung Malim. Di peringkat
kumpulan Parit Buntar telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dan
telah menjadi juara kumpulan B.
Keputusan Peringkat Kumpulan B
P. Buntar lwn Kuala Kangsar ………………………………….. 14 – 0
P. Buntar lwn Tg Malim ………………………………………….. 12 – 1
P. Buntar lwn Bgn Serai ………………………………………….. 15 – 0
Dengan mencatat 3 kemenangan dengan
mata maksimum 9 mata, Parit Buntar telah melangkah ke peringkat suku akhir
menentang pasukan Grik. Parit Buntar berjaya menewaskan Grik dengan keputusan 9
– 0.
Di peringkat separuh akhir, Parit
Buntar telah bertemu dengan pasukan Taiping. Perlawanan berlangsung sengit
dengan kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan. Akhirnya, Parit Buntar telah
berjaya beroleh kemenangan dengan keputusan 6 – 4.
Dalam peringkat akhir, Parit Buntar
telah bertemu dengan Lumut yang juga juara bertahan. Dalam perlawanan akhir
ini, Parit Buntar berjaya menebus kekalahan perlawanan akhir dua tahun lalu
dengan mencatat kemenangan 7 – 0. Seterusnya akan mewakili Perak ke peringkat
kebangsaan.
Tahniah kepada pasukan bola jaring. Tahniah kepada semua pemain, pengurus, guru-guru PASTI, AJK PASTI kawasan, dan ibu bapa yang sentiasa berusaha dan membantu untuk kejayaan ini.. Doakan semoga berjaya di peringkat kebangsaan pula.. InsyaAllah.
Pemain-pemain membuat sorakan semangat.. |
Ucapan Perasmian Ketua Pemuda PAS Perak. |
Jurulatih membuat persediaan sebelum perlawanan pertama. |
Ketika menetang Kuala Kangsar. |
Bacaan doa sebelum masuk padang. |
Bergambar dengan jurulatih. |
Kedudukan kumpula A dan B. |
Jaringan dari pemain Parit Buntar. |
Bergambar selepas bergelar juara.. |
Menerima trofi kejuaraan.. |