Wednesday, 19 June 2013

Pasukan Bola Jaring PASTI Parit Buntar Juara Negeri Perak


“Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring PASTI Parit Buntar kerana telah menjadi johan bagi pertandingan Bola Jaring dalam Sukan PASTI peringkat Negeri Perak 2013 yang telah berlangsung pada 16 Jun lalu. Pasukan bola jaring yang diwakili oleh 10 orang pemain ini seterusnya akan mewakili Perak dalam pertandingan Sukan PASTI peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 Jun nanti di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di Alor Setar, Kedah.”

                Pada 16 Jun yang lalu bertempat di Extreme Park Tambun, telah berlangsung Sukan PASTI peringkat Negeri PERAK. Program ini berjalan dengan meriah sekali. Sukan dwitahunan ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang dengan Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Ust Mohamad Zawawi Abu Hassan Ketua Pemuda PAS Perak.

                Hampir semua dari 23 kawasan PASTI negeri Perak telah mengambil bahagian dalam kejohanan sukan yang mempertandingkan acara bola sepak dan bola jaring ini. Perjalanan acara sukan ini berlangsung dengan begitu lancar dan baik. Tahniah kepada pihak penganjur..!!

                PASTI Parit Buntar telah menghantar satu pasukan bola sepak dan satu pasukan bola jaring. Pasukan bola sepak telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama dengan Lenggong, Kampar, dan Padang Rengas. Pada peringkat kumpulan PASTI Parit Buntar berjaya mencatat keputusan satu menang dan dua seri untuk mengumpul lima mata. Lenggong dan Padang Rengas turut memperoleh keputusan yang sama dan jumlah mata yang sama. Hanya jumlah jaringan dan bolos sahaja memisahkan kedua-dua pasukan.

Keputusan perlawanan bola sepak melibatkan Parit Buntar.

P. Buntar lwn Lenggong  ………………...…. 0 – 0
P. Buntar lwn Padang Rengas …………........ 1 – 1
P. Buntar lwn Kampar………………………. 4 – 0

PASTI Parit Buntar di bawah bimbingan Saudara Mohd Afzan b Sharom berjaya layak ke pusingan suku akhir setelah menduduki tempat kedua kumpulan di belakang Lenggong.

Di peringkat suku akhir, Parit Buntar telah bertembung dengan pasukan Tambun. Perlawanan yang berlangsung sengit ini telah diheret ke sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol. Malangnya, nasib lebih menyebelahi pasukan tuan rumah apabila berjaya menang sepakan penalti dengan 2 – 1. 

Bola Jaring

Pasukan bola jaring di bawah bimbingan Cikgu Nor dari PASTI Al-Munir pula telah diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan Kuala Kangsar, Bagan Serai dan Tanjung Malim. Di peringkat kumpulan Parit Buntar telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dan telah menjadi juara kumpulan B.

Keputusan Peringkat Kumpulan B
P. Buntar lwn Kuala Kangsar  …………………………………..  14 – 0
P. Buntar lwn Tg Malim  ………………………………………….. 12 – 1
P. Buntar lwn Bgn Serai  ………………………………………….. 15 – 0

Dengan mencatat 3 kemenangan dengan mata maksimum 9 mata, Parit Buntar telah melangkah ke peringkat suku akhir menentang pasukan Grik. Parit Buntar berjaya menewaskan Grik dengan keputusan 9 – 0.

Di peringkat separuh akhir, Parit Buntar telah bertemu dengan pasukan Taiping. Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan. Akhirnya, Parit Buntar telah berjaya beroleh kemenangan dengan keputusan 6 – 4.

Dalam peringkat akhir, Parit Buntar telah bertemu dengan Lumut yang juga juara bertahan. Dalam perlawanan akhir ini, Parit Buntar berjaya menebus kekalahan perlawanan akhir dua tahun lalu dengan mencatat kemenangan 7 – 0. Seterusnya akan mewakili Perak ke peringkat kebangsaan.

Tahniah kepada pasukan bola jaring. Tahniah kepada semua pemain, pengurus, guru-guru PASTI, AJK PASTI kawasan, dan ibu bapa yang sentiasa berusaha dan membantu untuk kejayaan ini.. Doakan semoga berjaya di peringkat kebangsaan pula.. InsyaAllah.

Pemain-pemain membuat sorakan semangat..

Ucapan Perasmian Ketua Pemuda PAS Perak.

Jurulatih membuat persediaan sebelum perlawanan pertama.

Ketika menetang Kuala Kangsar.

Bacaan doa sebelum masuk padang.

Bergambar dengan jurulatih.

Kedudukan kumpula A dan B.

Jaringan dari pemain Parit Buntar.

Bergambar selepas bergelar juara..

Menerima trofi kejuaraan..

  

Friday, 2 November 2012

MAJLIS MINI KONVOKESYEN PASTI KAWASAN PARIT BUNTAR


SEMUA DIJEMPUT MEMERIAHKAN MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PELAJAR PASTI KAWASAN PARIT BUNTAR, PERAK.

Sunday, 23 September 2012

Usrah Perdana & Jamuan Raya MGP Perak


Parit Buntar amat bertuah buat pertama kalinya kerana terpilih selaku tuan rumah menganjurkan Usrah Perdana MGP Perak. Mengikut Ketua MGP Kawasannya, inilah julung-julung kalinya program PASTI peringkat negeri Perak  diadakan di kawasan tersebut. Naqib yang telah memberikan syarahan ilmu untuk program tersebut bukanlah orang asing di dalam PASTI. Beliau pernah beberapa tahun mentadbir PASTI Parit Buntar. Justeru atas dasar itulah Jawatankuasa Kerja PASTI Kawasan memilih beliau. Di dalam kuliahnya beliau telah menasihatkan bahawa betapa perlunya ummat islam menjadi golongan sebelah kanan dan bagaimana untuk mendapatkannya.

Antara VIP adalah Ketua MGP Perak Puan Faridah Dawam yang tidak lokek masa untuk hadir dan memberikan semangat kepada sekalian guru yang hadir. Turut hadir menyerikan majlis adalah Pesuruhjaya PAS Perak Al-Fadhil Ustaz Tn Hj Abu Bakar yang juga telah memberikan ucapan khas untuk memberi semangat kepada warga PASTI terutamanya para guru untuk terus istiqamah di dalam perjuangan.
Seusai usrah, para tetamu yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan raya yang sungguh menyelerakan.

Guru PASTI dari seluruh Perak

Mencatat untuk rujukan kemudian hari

Banner

Naqib menyampaikan usrah adalah mantan penggiat PASTI suatu ketika dahulu

Ketua DMPK turut hadir mendengar usrah

Ketua MGP Parit Buntar lebih mesra dengan panggilan Kak Ton

Ketua MGP Perak

Ucapan dan nasihat dari Pesuruhjaya PAS Perak

Selesai usrah barulah jamuan raya

Tenaga penggerak program



MGP Parit Buntar

ALAM RIA PASTI PERAK: PASTI PARIT BUNTAR BERJAYA MEMBERI SAINGAN.


Alam Ria PASTI Perak 2012

TAHNIAH KEPADA WAKIL-WAKIL DARI PASTI PARIT BUNTAR KERANA  TELAH BERJAYA MEMBERI SAINGAN DI PERINGKAT NEGERI PERAK. MALAH, ADA BEBERAPA ACARA YANG TURUT DIMENANGI OLEH WAKIL-WAKIL PASTI PARIT BUNTAR.  INSYA ALLAH CUBA LAGI TAHUN DEPAN DENGAN KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG...
TAHNIAH KEPADA ADIK AHMAD FAUZAN B MOHD SAKRI DARI PASTI AL MU'TASIM YANG TELAH BERJAYA MENJADI JOHAN DALAM ACARA HAFAZAN. ADIK FAUZAN JUGA BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KE-3 DI PERINGKAT KEBANGSAAN YANG TELAH BERLANGSUNG DI KELANTAN..
PASTI PARIT BUNTAR JUGA TELAH BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM 4 ACARA YANG LAIN. IAITU:  
1. NASYID
2. KALAM JAMA'IE
3. HAFAZAN PEREMPUAN
4. AZAN..
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA WAKIL PASTI PARIT BUNTAR, YANG BERJAYA DAN TAK LUPA JUGA KEPADA YANG BELUM BERJAYA..
BERIKUT MERUPAKAN KEPUTUSAN PENUH ALAM RIA PASTI 2012 PERINGKAT NEGERI PERAK.
22 Syawwal 1433
Alam Ria PASTI Perak kembali lagi. Kali ini di Kolej Multimedia Telekom Taiping.
KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI PERAK 2012
1.PIDATO
JOHANWARDINA NAFEESA BT MOHD SOFIANTAIPING
NAIB JOHANBATRISYA QAISARA BT BAHARINGERIK
KETIGANUR IRDINA NASUHA BT MOHD ZAINITG MALIM

2.AZAN
JOHANAMIRUL BAIHAQI B MOHD ZAKUANK. KANGSAR
NAIB JOHANMUHAMMAD AIMAN FIRDAUS B MOHD FADHILPARIT BUNTAR
KETIGANUR ISMAT IRFAN B RAMLIPARIT

3.KHUTBAH
JOHANMUS’AB B MOHD LATIFTAMBUN
NAIB JOHANAFIF IZZIKRY B SHAHRULTAIPING
KETIGAMUHAMMAD AMAR ILMANBKT GANTANG

4.BERCERITA (L)
JOHANMOHD AJWAD B FAKHRULRAZIGERIK
NAIB JOHANAHMAD ZABIR ALI B ALAMUDDINTAMBUN
KETIGAMOHD HAZIM B MOHD ASRITG MALIM

5.BERCERITA (P)
JOHANFATIMAHTUZZARAH BT KAMAROL AMRIPDG RENGAS
NAIB JOHANALEEYA SYAZREENA BT MOHD RIZALTAIPING
KETIGANUR DINI BT NAZROLTG MALIM

6.SAJAK (L)
JOHANMUHAMMAD HAZMIBUKIT GANTANG
NAIB JOHANMUHD HAZIQ B ZAINAL ABIDINTAIPING
KETIGAMUHAMMAD HAZIQ B MUHAMMAD RATHOSHUKRITAMBUN

7.SAJAK (P)
JOHANNURAIN FASIHAH BT SHAHRILBAGAN SERAI
NAIB JOHANSITI AHDA ZULFAH BT KHAZAKITAMBUN
KETIGANURUL AIMAN HAZWANI BT ARSATK. KANGSAR

8.HAFAZAN (L)
JOHANAHMAD FAUZAN B MOHD SAKRIPARIT BUNTAR
NAIB JOHANNIK MUHAMMAD FAIZURRAHMAN B NIK NUR AZMANTAIPING
KETIGAAHMAD YASSIN SIDEKBUKIT GANTANG

9.HAFAZAN (P)
JOHANNURUL IMAN BT AZMITAIPING
NAIB JOHANNUR ALIA MAISARA BT MOHAMMAD NEZIZIPARIT BUNTAR
KETIGANUR IRDINA SAHIRA BT YUSREELUMUT

10.NASYID
JOHANBAGAN SERAI
NAIB JOHANPARIT BUNTAR
KETIGATELUK INTAN

11.KALAM JAMAIE
JOHANTAIPING
NAIB JOHANPARIT BUNTAR
KETIGAPADANG RENGAS

12.JOHAN KESELURUHAN – PASTI KAWASAN TAIPING

Tuesday, 26 June 2012

Hari Sukaneka PASTI Kawasan Parit Buntar Berlangsung Meriah.



       Tanggal  23 Jun 2012 bersamaan 4 Syaaban 1433, bertempat di Dataran Purnama Kampung Kedah, Parit Buntar, telah berlangsung satu acara tahunan bagi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Parit Buntar iaitu Hari Sukaneka PASTI. 

Program  telah berjalan lancar seperti yang dirancang.
Seawal jam 8.00 pagi, Dataran Purnama telah dipenuhi dengan murid-murid PASTI, guru-guru PASTI, dan waris-waris serta penduduk sekitar.

          Pada jam 8.30 pagi, program dimulakan dengan perarakan pelajar-pelajar PASTI yang terdiri dari sembilan pasukan yang bergerak dari khemah ke kawasan padang. Seterusnya semua hadirin bangun untuk menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu  Rasmi PAS, dan Lagu PASTI dengan penuh semangat. 

Ikrar pelajar PASTI pula menyusul sejurus selesai nyanyian.



             Program diteruskan dengan Ucapan Pengerusi PASTI Kawasan Parit Buntar, Wakil PASTI Negeri Perak, dan ucapan perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain. Upacara memotong belon telah dilakukan oleh Ustaz Abu Bakar sebagai simbolik perasmian.

Ust Abu Bakar melepaskan belon sebagai gimik perasmian.


Ustaz Abu Bakar juga turut diumumkan sebagai calon PAS bagi DUN Titi Serong dalam PRU 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

           Tepat jam 9.30 pagi, bermulalah aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu acara Sukaneka. Sebanyak 39 acara telah berlangsung dengan dua acara melibatkan waris. Manakala 1 acara lagi dibuka kepada kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Bermakna, sebanyak 36 acara untuk murid-murid PASTI yang telah disusun. Antaranya Lari Pecut, Lari Berhalangan, Isi air dalam botol, menyusun huruf dan banyak lagi.

Dengan bantuan sayap Pemuda PAS Parit Buntar, Unit Amal, serta Nisa’, Semua acara berlangsung dengan baik. Acara sukaneka yang dipertandingkan telah berakhir pada jam 12.40 petang.

Ucapan Penutup telah disampaikan oleh Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Barisan pengadil sudah bersedia.
       Tahniah diucapkan kepada PASTI Al-Munir, Taman Murni kerana telah berjaya menjadi juara keseluruhan. Malah, kejuaraan pada tahun ini merupakan kemenangan tahun ke tiga berturut-turut bagi mereka.


       Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya membawa pulang hadiah kemenangan kali ini. Kepada yang tidak menang, insya-Allah boleh cuba lagi tahun hadapan.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.  

Yahuuu... saya sampai dulu..

"Awat la susah sangat belon ni nak pecah. Ish3.."


Lari berhalangan. Merangkak bawah meja.


Pelajar PASTI Al Munir tunjuk skill isi air dalam botol.

"Ish, mana tempat dia ni??"

Serang!!!!!

Peserta dok khusyuk menyusun huruf.

YB Dr Mujahid sedang berucap.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.
-

Tuesday, 24 January 2012

Ahli Parlimen Parit Buntar Melawat PASTI

PDF Print E-mail
PARIT BUNTAR, 10 Jan : Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa melawat tiga Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Parit Buntar untuk meninjau keadaan hari pertama persekolahan di pusat tersebut.

“ Saya sempat membuat lawatan di hari pertama persekolahan ke tiga buah Pasti dari sembilan buah Pasti yang ada di Parit Buntar.

“ Lawatan ini bertujuan meninjau persiapan Pasti menerima kehadiran pelajar baru dan memberi sokongan kepada guru-guru Pasti selaku tenaga penting di Pasti.” Kata Dr. Mujahid yang ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasti An-Nur , Taman Kerian Permai.

Dr. Mujahid berkata, ibu bapa hadir mendaftar anak-anak mereka yang berumur lima dan enam tahun di Pasti.

“ Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka.

“ Saya perhatikan pelajar Pasti tampak cukup bersemangat walaupun ada yang nampak muram untuk menghadapi suasana yang berbeza.”katanya

Menurutnya, Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam.

“ Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.

“ Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah” katanya

Dr. Mujahid berharap ibu bapa turut memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti.

“ Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka.

“ Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan asuhan akhlak Islam. Corakkan kain putih itu dengan celupan Ilahi” katanya



Dr. Mujahid bersama pelajar Pasti An Nur yang mendaftar di hari pertama

Monday, 16 January 2012

Pengagihan Perbekalan PASTI Parit Buntar Berjalan Lancar

        Pada 15 Januari lalu, bertempat di PASTI Al-Hasanah Titi Serong, pengedaran perbekalan PASTI untuk sembilan unit PASTI di seluruh Parit Buntar berjalan dengan lancar. Bekalan diedarkan sejurus selepas Mesyuarat Penuh PASTI Parit Buntar selesai. 

Mesyuarat Penuh sedang berlangsung di pengerusikan oleh Saudara Muhammad Amir Abdullah Thani.

 Sebahagian daripada Pengurus dan guru-guru PASTI yang hadir sedang khusyuk bermesyuarat.

 AJK PASTI Kawasan, Pengurus, dan guru-guru PASTI berganding bahu mengagihkan bekalan.

 Saudara Mohd Redzuan Mokhtar sibuk membahagikan uniform.

Pengerusi PASTI Kawasan turut serta membantu guru-guru PASTI.

         Walaupun terdapat masalah dengan beberapa barangan tidak mencukupi, namun urusan pengagihan berjalan dengan lancar dan tenang. Pengerusi berikrar,masalah barangan yang tidak mencukupi akan cuba diselesaikan sebelum 22 Januari 2012.