Tuesday 26 June 2012

Hari Sukaneka PASTI Kawasan Parit Buntar Berlangsung Meriah.



       Tanggal  23 Jun 2012 bersamaan 4 Syaaban 1433, bertempat di Dataran Purnama Kampung Kedah, Parit Buntar, telah berlangsung satu acara tahunan bagi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Parit Buntar iaitu Hari Sukaneka PASTI. 

Program  telah berjalan lancar seperti yang dirancang.
Seawal jam 8.00 pagi, Dataran Purnama telah dipenuhi dengan murid-murid PASTI, guru-guru PASTI, dan waris-waris serta penduduk sekitar.

          Pada jam 8.30 pagi, program dimulakan dengan perarakan pelajar-pelajar PASTI yang terdiri dari sembilan pasukan yang bergerak dari khemah ke kawasan padang. Seterusnya semua hadirin bangun untuk menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu  Rasmi PAS, dan Lagu PASTI dengan penuh semangat. 

Ikrar pelajar PASTI pula menyusul sejurus selesai nyanyian.



             Program diteruskan dengan Ucapan Pengerusi PASTI Kawasan Parit Buntar, Wakil PASTI Negeri Perak, dan ucapan perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain. Upacara memotong belon telah dilakukan oleh Ustaz Abu Bakar sebagai simbolik perasmian.

Ust Abu Bakar melepaskan belon sebagai gimik perasmian.


Ustaz Abu Bakar juga turut diumumkan sebagai calon PAS bagi DUN Titi Serong dalam PRU 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

           Tepat jam 9.30 pagi, bermulalah aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu acara Sukaneka. Sebanyak 39 acara telah berlangsung dengan dua acara melibatkan waris. Manakala 1 acara lagi dibuka kepada kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Bermakna, sebanyak 36 acara untuk murid-murid PASTI yang telah disusun. Antaranya Lari Pecut, Lari Berhalangan, Isi air dalam botol, menyusun huruf dan banyak lagi.

Dengan bantuan sayap Pemuda PAS Parit Buntar, Unit Amal, serta Nisa’, Semua acara berlangsung dengan baik. Acara sukaneka yang dipertandingkan telah berakhir pada jam 12.40 petang.

Ucapan Penutup telah disampaikan oleh Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Barisan pengadil sudah bersedia.
       Tahniah diucapkan kepada PASTI Al-Munir, Taman Murni kerana telah berjaya menjadi juara keseluruhan. Malah, kejuaraan pada tahun ini merupakan kemenangan tahun ke tiga berturut-turut bagi mereka.


       Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya membawa pulang hadiah kemenangan kali ini. Kepada yang tidak menang, insya-Allah boleh cuba lagi tahun hadapan.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.  

Yahuuu... saya sampai dulu..

"Awat la susah sangat belon ni nak pecah. Ish3.."


Lari berhalangan. Merangkak bawah meja.


Pelajar PASTI Al Munir tunjuk skill isi air dalam botol.

"Ish, mana tempat dia ni??"

Serang!!!!!

Peserta dok khusyuk menyusun huruf.

YB Dr Mujahid sedang berucap.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.
-