Tuesday 24 January 2012

Ahli Parlimen Parit Buntar Melawat PASTI

PDF Print E-mail
PARIT BUNTAR, 10 Jan : Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa melawat tiga Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Parit Buntar untuk meninjau keadaan hari pertama persekolahan di pusat tersebut.

“ Saya sempat membuat lawatan di hari pertama persekolahan ke tiga buah Pasti dari sembilan buah Pasti yang ada di Parit Buntar.

“ Lawatan ini bertujuan meninjau persiapan Pasti menerima kehadiran pelajar baru dan memberi sokongan kepada guru-guru Pasti selaku tenaga penting di Pasti.” Kata Dr. Mujahid yang ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasti An-Nur , Taman Kerian Permai.

Dr. Mujahid berkata, ibu bapa hadir mendaftar anak-anak mereka yang berumur lima dan enam tahun di Pasti.

“ Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka.

“ Saya perhatikan pelajar Pasti tampak cukup bersemangat walaupun ada yang nampak muram untuk menghadapi suasana yang berbeza.”katanya

Menurutnya, Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam.

“ Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.

“ Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah” katanya

Dr. Mujahid berharap ibu bapa turut memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti.

“ Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka.

“ Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan asuhan akhlak Islam. Corakkan kain putih itu dengan celupan Ilahi” katanya



Dr. Mujahid bersama pelajar Pasti An Nur yang mendaftar di hari pertama

Monday 16 January 2012

Pengagihan Perbekalan PASTI Parit Buntar Berjalan Lancar

        Pada 15 Januari lalu, bertempat di PASTI Al-Hasanah Titi Serong, pengedaran perbekalan PASTI untuk sembilan unit PASTI di seluruh Parit Buntar berjalan dengan lancar. Bekalan diedarkan sejurus selepas Mesyuarat Penuh PASTI Parit Buntar selesai. 

Mesyuarat Penuh sedang berlangsung di pengerusikan oleh Saudara Muhammad Amir Abdullah Thani.

 Sebahagian daripada Pengurus dan guru-guru PASTI yang hadir sedang khusyuk bermesyuarat.

 AJK PASTI Kawasan, Pengurus, dan guru-guru PASTI berganding bahu mengagihkan bekalan.

 Saudara Mohd Redzuan Mokhtar sibuk membahagikan uniform.

Pengerusi PASTI Kawasan turut serta membantu guru-guru PASTI.

         Walaupun terdapat masalah dengan beberapa barangan tidak mencukupi, namun urusan pengagihan berjalan dengan lancar dan tenang. Pengerusi berikrar,masalah barangan yang tidak mencukupi akan cuba diselesaikan sebelum 22 Januari 2012. 

Tuesday 10 January 2012

PASTI Parit Buntar Anjur Kem Solat

24 Dzulqaedah 1432
Sesi persekolahan PASTI 2011 bakal melabuhkan tirainya. Namun PASTI Parit Buntar tetap komited meneruskan aktiviti tahunannya ini yang telah diadakan pada 22 Oktober lalu. Menurut pengerusinya saudara Muhammad Amir Abdullah Thani, program ini telah pun dimulakan sejak 2 tahun yang lalu sebagai usaha mempromosikan aktiviti PASTI untuk bersaing dengan pusat pendidikan awal kanak-kanak swasta yang tumbuh bagaikan cendawan di sekitar kawasan ini. Tambahan pula penceramah khas yang diundang iaitu Al-Fadhil Ustaz Tn Hj Muhammad Shukri Othman sangat bijak mengendalikan program dan berjaya mencuri perhatian setiap anak-anak didik PASTI hatta ke akhir program. Di samping itu sambutan ibu bapa yang semakin meningkat dari setahun ke setahun terhadap program ini menguatkan semangat pengerusi dan para guru untuk menganjurkan program ini setiap tahun. Beliau berharap melalui program ini mampu mencetuskan minat anak-anak PASTI untuk istiqamah dengan solat sepanjang hayat mereka.

Tidak sekadar teori, anak-anak bahkan dibimbing secara praktikal
Antara Anak-anak PASTI yang menyertai

Karnival Kecemerlangan PASTI Parit Buntar

16 Dzulhijjah 1432
Pada 12 November yang lalu telah berlangsung Karnival Kecemerlangan PASTI di kawasan Parit Buntar. Majlis ini bertujuan meraikan murid-murid PASTI yang cemerlang pencapaian akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum. Di samping itu juga ini adalah majlis tahunan bagi menyampaikan Sijil PASTI 6 Tahun yang bertemakan konvokesyen universiti. Turut hadir dan menyempurnakan perasmian majlis yang telah diadakan di Dewan Tn Guru Hj Ahmad Tuan Husain ialah Yang Berhormat Dr. Mujahid bin Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar. Di dalam ucapannya beliau berkali-kali menyeru ibu bapa yang mempunyai anak seusia 4 tahun hingga 6 tahun, agar menjadikan PASTI sebagai pilihan untuk pendidikan awal anak-anak mereka. Ini kerana silibus PASTI mendapat pengiktirafan pakar-pakar pendidikan tambahan pula menekankan pendidikan Islam sebagai terasnya. Selain dari itu menurut beliau guru-guru PASTI terutamanya ikhlas menyumbang diri mereka untuk mendidik anak-anak murid walaupun dengan imbuhan yang sangat minimum. Tidak cukup sekadar itu guru-guru PASTI adalah terlatih melalui kursus-kursus yang sistematik yang diikuti oleh setiap dari kalangan mereka. Berbeza dengan tahun-tahun yang lalu kali ini pihak pengurusan PASTI kawasan memilih majlis bertemakan karnival kerana di dalam majlis tersebut diadakan juga persembahan-persembahan nasyid, sajak dan hafazan yang telah memukau para tetamu yang hadir. “Saya tidak menyangka anak-anak didikan PASTI yang berusia semuda ini mampu menghafaz Al-Quran, menghafal sajak, malah boleh menyampaikan nasyid seolah-olah artis nasyid kontemporari yang terdapat di negara kita hari ini. Ini suatu yang membanggakan dan saya akan pastikan anak-anak saya yang seterusnya akan mendapat pendidikan yang mantap ini di PASTI”, kata salah seorang bapa yang ditemuramah.
Ucapan Perasmian oleh YB Dr Mujahid
Antara ibu bapa yang hadir
Antara murid yang menerima Sijil PASTI 6 Tahun
Antara persembahan yang memukau para tetamu yang hadir
Sebahagian bakal-bakal "Graduan PASTI"